Perayaan Pertengahan Musim Luruh adalah perayaan kedua terpenting bagi kaum Cina selepas Tahun Baru Cina. Ia diraikan pada hari ke-15 pada bulan ke-8 dalam kalendar lunar Cina.
Bilakah tarikh perayaan ini disambut pada tahun ini?
Perayaan Pertengahan Musim Luruh adalah perayaan yang penting bagi kaum Cina dan merupakan Hari Cuti Umum di Malaysia. YA atau TIDAK?
Perayaan Pertengahan Musim Luruh turut dikenali sebagai ...
Adakah sambutan Pertengahan Musim Luruh sebuah perayaan kebudayaan atau keagamaan?
Perayaan Pertengahan Musim Luruh mempunyai sejarah lebih dari 3,000 tahun yang lampau dan dikaitkan dengan beberapa kisah legenda.
Manakah antara legenda berikut TIADA KAITAN dengan Perayaan Pertengahan Musim Luruh?
Chang E terbang ke Bulan untuk tetap dekat dengan Hou Yi kesayangannya yang masih ada di Bumi, setelah meminum ramuan yang menjadikannya kekal abadi.
Arnab Jed yang tinggal di Istana Bulan untuk menghasilkan ubat bagi mereka yang tinggal di syurga kekal abadi.
Rakyat Cina menjatuhkan kerajaan Mongol pada abad ke-12 dengan menyeludup mesej pemberontakan di dalam Kuih Bulan.
Orang kampung menakutkan dan menghalau Raksasa Nian yang ganas dengan suara kuat, lampu terang, dan warna merah.
Antara berikut, yang manakah merupakan tradisi di Perayaan Pertengahan Musim Luruh?
Antara berikut yang manakah BUKAN KEBIASAAN di perayaan ini?
Kuih Bulan adalah kek manis berbentuk bulat yang menjadi makanan tradisi di musim perayaan Pertengahan Musim Luruh. Kuih Bulan turut dijadikan sebagai hadiah sesama rakan dan ahli keluarga.
Inti Kuih Bulan tradisional kebiasaannya diperbuat daripada Kacang Merah atau ...
Kebiasaannya, Kuih Bulan adalah sangat manis. Kalori untuk sebiji kuih bulan berintikan pes biji teratai dengan satu kuning telur masin setara dengan empat keping pizza (sekitar 800 kcal)!
Untuk menyeimbangkan rasa manis, apakah minuman yang paling sesuai diminum apabila memakan Kuih Bulan?
Apakah yang kebiasaannya tertulis di atas Kuih Bulan yang di jual di pasaraya?
Pada tahun 2017, Liangxian Food Co telah mencipta Kuih Bulan mewah yang dibuat dengan bahan-bahan premium seperti cordyceps, ginseng, safron, jeli diraja, molase, biji teratai, jujube, longan dan herba-herba yang lain. Malah, turut mengandungi emas 24K yang boleh dimakan! Ia telah direkodkan dalam Malaysian Book of Records sebagai Kuih Bulan termahal di Malaysia.
Cuba teka berapa harganya.
Antara tradisi menyeronokkan di perayaan ini adalah Teka-Teki Tanglung. Tradisi ini dipercayai bermula sejak abad ke 13 lagi, para ilmuwan ketika itu akan menulis pelbagai teka teki berbentuk puisi atau lawak jenaka di atas cebisan kertas yang kemudiannya di gantung pada tanglung.
Mari kita cuba selesaikan satu Teka Teki Tanglung yang mudah.
Kanak-kanak adalah yang paling seronok meraikan perayaan ini kerana dapat menyalakan Tanglung. Hinggakan di Vietnam, Perayaan Pertengahan Musim Luruh ini turut dikenali sebagai Perayaan Kanak-kanak.
Berikut adalah jenis-jenis tanglung moden KECUALI
Pesta Tanglung disambut oleh rakyat Malaysia dan Singapura pada Perayaan Pertengahan Musim Luruh, manakala masyarakat Cina lain di seluruh dunia merayakannya pada hari Chap Goh Meh.
Adakah kita boleh melepaskan tanglung ke udara di Malaysia?
Ini adalah emoji khas yang menggambarkan perayaan menghargai bulan.
YA atau TIDAK?
Ada yang tidak kena dengan soalan ini.